KAJIAN TINDAKAN PPDa SMK RAJA MUDA, MUAR
Kajian Tindakan 1
KAJIAN TINDAKAN
PENGETAHUAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR DENGAN RAHSIA
2015
DISEDIAKAN OLEH:
TN HJ OTHMAN IBRAHIM
UNIT
BIMBINGANDAN KAUNSELING
SMK
RAJA MUDA, MUAR,JOHOR
ABSTRAK
Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang
terkeluar daripada batas-batas normal yang diterima umum,baik dari aspek agama,
sosial dan budaya kehidupan masyarakat.
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji pengetahuan dan penglibatan
pelajar dalam masalah sosial khususnya dadah, alkohol, rokok,seks bebas,inhalan
dan HIV/AIDS.
Kajian ini dilakukan kepada pelajar tingkatan 3 , 4 dan 5 iaitu seramai 50 orang pelajar. Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti
tahap pengetahuan dan penglibatan pelajar dalam dadah,rokok, alkohol, seks
bebas, inhalan dan HIV/AIDS ( RAHSIA ) di kalangan pelajar.
Rekabentuk kajian
yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal
selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu bahgaian A iaitu latarbelakang
responedn, dan bahgaian B ialah pengetahuan dan penglibatan pelajar dalam
RAHSIA. Instrumen kajian yang digunakan
adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 15 soalan dan
data dianalisis oleh penyelidik secara manual
Kajian mendapati
bahawa pelajar mengetahui tentang pengaruh dan bahayanya dadah, alkohol,rokok,inhalan,seks
bebas dan HIV/AIDS. Ini mempengaruhi pelajar untuk mencubanya tetapi tidak
ketara. Kajian mendapati penglibatan
pelajar dengan rokok adalah tinggi.
Pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah wabak ini daripada menular
dalam kalangan pelajar
1.0 PENGENALAN
Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar
dari batas-batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta
budaya kehidupan masyarakat ( Hamzah, 2003 ).
Gejala sosial adalah perkara yang dilihat tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu masyarakat dan Negara. Dalam
kajian ini,bentuk gejala sosial yang dili hat oleh pengkaji ialah seperti
menghisap dadah, menghisap rokok, inhalan,minum arak, mengamalkan seks bebas dan
HIV/ AIDS. Pengawasan yang sesuai
seharusnya diberikan kepada para pelajar dan remaja, tanpa pengawasan yang betul, pelajar dan remaja mungkin akan
terlibat dengan gejala sosial ini.
Pengetahuan
tentang bahaya dadah, arak,alkohol,inhalan,seks bebas dan HIV/ AIDS perlu
kepada pelajar terutamanya remaja yang berumur antara 15 hingga 18 tahun
sebagai langkah pencegahan dari awal lagi. Merokok misalnya, walaupun ianya nampak
kecil tetapi jika tidak dibendugn ia
akan memberi kesan negative yang besar.
Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok
. Pada mulanya , mereka hanya akan berjinak
dengan amalan merokok dan akhirnya mereka akan mula terjebak dengan masalah
penagihan dadah.
Sehubungan dengan
itu, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap bahaya dadah,
rokok,inhalan,arak,seks bebaas dan HIV/AIDS yang boleh membawa kepada
keruntuhan sesebuah negara.
2.0
OBJEKTIF
2.1
Mengenalpasti tahap pengetahuan
para pelajar tentang RAHSIA
2.2
Mengenaplpasti pelajar yang
pernah atau sedang terlibat dengan RAHSIA
2.3
Mengetahui keberkesanan
Program Pencegahan Dadah PPDa yang dilaksanakan di sekolah.
2.4
Mengenalpasti samada
pengaruh ibubapa dan pengaruh lain terhadap penglibatan pelajar dalam merokok
3.0
KEPENTINGAN
Kajian ini merangkumi pelbagai item yang mengandungi persoalan berkaitan
dengan RAHSIA. Menurut kajian
ini,manfaat yang akan didapati adalah seperti:
3.1
Menjadi panduan untuk
pelajar memahami permasalahan sosial yag sedang meruncing serta kesannya terhadap
diri pelajar.
3.2
Menjadi panduan keapada guru
untuk menyebarkan masalah RAHSA kepada pelajar dalam Pdp
3.3
Menyebarkan kesedaran kepada
ibubapa, guru dan masyarakat bagi menghindarkan daripada terlibat dengan gejala
sosial terutamanya masalah RAHSIA
3.4
Mengenalpasti tahap pengetahuan
pelajar dan penglibatan pelajar dengan masalah RAHSIA
3.5
Diharapkan masalah RAHSIA
ini akan dapat dibendung dan para pelajar akan cemerlang dalam akademik dan sakhsiah
4.0
DEFINISI KAJIAN
4.1
DADAH
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug"
bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan
kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau
"abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan
"drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of
drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
4.2
ALKOHOL/ARAK
Arak ialah minuman yang memabukkan.
Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara artinya menutupi.
Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal
fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia melupakan dirinya dan melupakan
Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sedikit atau banyak, mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.
Minum arak hukumnya adalah haram, sedikit atau banyak, mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.
Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh karena itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beruntung”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh karena itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beruntung”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
4.3 ROKOK
Rokok adalah silinder dari kertas
berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter
sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar
pada salah satu ujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup lewat
mulut pada ujung lain. Merokok boleh menyebabkan ketagihan. Merokok
pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok
memberi kesan ia menjadi ketagihan
4.3
INHALAN
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan
psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga
dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau
disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.
Jenis-jenis Inhalan
Pelarut/Cecair
Cat,
bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.
Bahan Gas
Pemetik
api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.
Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut
dan penyembur pelindung fabrik.
Bahan Nitrit
Bahan Nitrit
4.4
SEKS
BEBAS
Pengertian seks bebas menurut Kartono (1977) merupakan perilaku yang
didorong oleh hasrat seksual, dimana kebutuhan tersebut menjadi lebih bebas
jika dibandingkan dengan sistem regulasi tradisional dan bertentangan dengan
sistem norma yang berlaku dalam masyarakat.
Hubungan seks membabitkan
pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji
yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana
mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Selain
perkataan seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur,
hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina yang membawa maksud hubungan
seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak yakni diertikan sebagai
persetubuhan luar nikah. Mengikut definisi ahli-ahli sosiologi, seks haram
adalah bentuk seks yang tidak dibenarkan oleh institusi perkahwinan antara
lelaki dan perempuan melibatkan pasangan kekasih yang cenderung melakukannya
sebelum mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.
Kesan yang ditanggung
daripada gejala seks bebas ini adalah dalam tempoh yang lama, sedangkan
nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca
keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa
ikatan perkahwinan.Islam sendiri melarang keras zina mahupun seks bebas
melalui, firman Allah bermaksud:
‘Dan
janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat 32 ).
4.6 HIV/
AIDS
Definisi AIDS adalah singkatan dari 'Acquired
Immunodeficiency Syndrome / Acquired Immune Deficiency Syndrome' yang
menggambarkan berbagai gejala dan infeksi yang terkait dengan menurunnya sistem
kekebalan tubuh. Infeksi HIV telah ditahbiskan sebagai penyebab AIDS. Tingkat
HIV dalam tubuh dan timbulnya berbagai infeksi tertentu merupakan indikator
bahwa infeksi HIV telah berkembang menjadi AIDSDefinisi AIDS adalah singkatan
dari 'Acquired Immunodeficiency Syndrome / Acquired Immune Deficiency Syndrome'
yang menggambarkan berbagai gejala dan infeksi yang terkait dengan menurunnya
sistem kekebalan tubuh. Infeksi HIV telah ditahbiskan sebagai penyebab AIDS.
Tingkat HIV dalam tubuh dan timbulnya berbagai infeksi tertentu merupakan
indikator bahwa infeksi HIV telah berkembang menjadi AIDS
5.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Dewasa ini, saban hari kita dihadapkan dengan
segala macam masalah gejala soial dan keruntuhan akhlak remaja. Dikalangan
pelajar dari pelbagai lapisan dan peringkat umur dalam masyarakat di Negara
kita. Isu ini sememangnya amatlah mencemaskan
dan menjadi semakin meruncing dan menjadi semakin sukar untuk ditangani. Serasa kita sudah muak dengan isu seks bebas, penagihan
dadah, pembuangan anak dan sebagainya memberi isyarat bahawa gejala sedemikian
ini bukanlah hal yang ringan dan ia perlu kepada penelitian dan kepekaan
bersama tentang punca ianya berlaku, siapakah pelakunya dan bagaimanakah cara
mengatasinya daripada terus berlaku.
Mengikut
laporan Kemajuan Negara, Kementerian Kesihatan, sebanykl 94,841 kes Sindrom
Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dilaporkan hingga Disember tahun lalu
membabitkan 14,986 kematian. Jumlah itu sungguh menakutkan dan wajar dipandang
serius oleh semua pihak supaya dapat dibendung sebelum ianya membarah dalam masyarakat. Manakala penyalahgunaan dadah merupakan satu
masalah ssoial yang agak meruncing dalam masyarakat terutamanya dari kalangan remaja
Islam.
Penyalahgunaan
dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara.Setiap
tahun bilangan penagih dadah semakin meningkat sedangkan penagih sedia ada
tidak pula menunjukkan sebarang penurunan jumlahnya. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk
menangani masalah ini yang kini menjadi satu agenda untuk masyarakat dan negara untuk membasminya. Sehubungan dengan itu, kita juga telah
dikejutkan dengan kesan buruk akibat daripada gejala penagihan dadah iaitu satu
penyakit kronik yang dikenali sebagai HIV ( Human Immunodeficency Virus ) dan
AIDS ( Aquired immuneDeficency Syndrome ).
Walaupun kita benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah mengabaikan
tanggungjawabnya dalam memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat dengan
harapan mereka akan insaf serta berusaha untuk memulihkan diri mereka sendiri
kelak.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaaa (AADK )
menunjukkan bahawa masyarakat melayu atau umat Islam paling ramai menjadi penagih
berbanding kaum yang lain. Penagih dadah
yang dikesan adalah serami 31 orang peangih baru dan 42 orang penagih berulang
setiap hari,
Inhalan
juga diambil olah penagih yang tiada duit untuk mendaparkan bekalan dadah, Inhalan boleh dihidu secara terus dari bekas
yag terbuka atau dengan meggunakan kain yang direndam dalam bahan kimia
tersebut, dengan cara meletakkannnya
berhampiran muka. Selain bekasa terbuka
atau kainlembab iru boleh diletakkan dalam beg plastik sebelum dihidu. Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian
sel otak. Disebabkan sel otak yang baui
tidak dapat dibentuk selepas kelahiran, bererti penagih inhalan yang tegar akan
berhadapan dengan risiko kecacatan akal kekal.
Oleh
yang demikian,kajian ini menimbulkan minat pengkaji untuk melihat sejauh mana
pengetahuan dan penglibatan para pelajar terhadap RAHSIA. Seramai 100 orang pelajar yang terdiri dari
pelajar tingkatan 3 dan 5 telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal
selidik ini.
6.0 ANALISIS DATA
Kajian yang dijalankan berdasarkan keputusan
ujian dan maklumbalas yang telah diberikan oleh responden-responden terdahap
soal selidik yang dijalankan. Kajian ini
telah dianalisa secara manual. Semua
kepuutsan yang diperolehi dibentang dalam bentuk carta pai. Hasil dapatan
dapatan kajian yang dilakukan dalam kajiana iaitu pengetahuan dan penglibatan pelajar
berkaitan RAHSIA.
6.1 KEPUTUSAN SOAL SELIDIK
Ya Tidak
1. Adakah anda
tahu bahawa merokok adalah haram 42 8
disisi Islam
2. Saya
tahu rokok membahayakan kesihatan 49 1
3. Bercium
boleh menyebakan kehamilan 7 43
4. Saya
mendapat maklumat tentang bahaya arak dari 42 8
pondok
ppda
5. Saya
tahu arak haram di sisi Islam 47 3
6. Saya
tahu nama-nama dadah 17 33
7. Saya tahu
bahawa gam basikal adalah termasuk dalam 34 16
inhalan
8. Saya
tahu bahawa seks bebas akan meyebablan jankitan 48 2
virus HIV
9. Saya
tahu bahawa penyakit AIDS boleh menyebabakan 48 2
kematian
10. Inhalan
ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif 33 17
yang dihasilkan dari pada pelarut organik dan bahan meruap
11. Ujian
urin boleh dilaksanakan untuk mengesan kehadiran dadah 49 1
dalam
badan manusia
JUMLAH 369 181
7.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
BIL
|
ITEM
|
SOAL
SELIDIK
|
JUM
YA
|
JUM
TIDAK
|
PERATUS
YA
|
PERATUS
TIDAK
|
1
|
DADAH
|
Saya tahu nama-nama dadah
|
17
|
33
|
34
|
66
|
2
|
Ujian urin boleh dilaksanakan untuk mengesan kehadiran
dadah dalam badan manusia
|
49
|
1
|
98
|
2
|
|
3
|
ALKOHOL
|
Saya mendapat maklumat tentang bahaya arak dari
pondok ppda
|
42
|
8
|
84
|
16
|
Saya tahu arak haram di sisi Islam
|
47
|
3
|
94
|
6
|
||
4
|
ROKOK
|
12.
Adakah
anda tahubahawa merokok adalah haram disisi Islam
|
42
|
8
|
84
|
16
|
Saya tahu rokok membahayakan kesihatan
|
49
|
1
|
98
|
2
|
||
5
|
INHALAN
|
Saya tahu bahawa gam basikal adalah termasuk
dalam inhalan
|
34
|
16
|
68
|
32
|
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi
bahan psikoaktif yang dihasilkan dari pada plarut organik dan bahan meruap
|
33
|
17
|
66
|
34
|
||
6
|
HIV/SIDS/SEK BEBAS
|
Bercium boleh menyebabkan kehamilan
|
7
|
43
|
14
|
86
|
Saya tahu bahawa seks bebas akan menyebabkan
jangkitan virus HIV
|
48
|
2
|
84
|
16
|
||
Saya tahu bahawa penyakit AIDS boleh
menyebabkan kematian
|
48
|
2
|
84
|
16
|
||
JUMLAH
|
369
|
181
|
73.8
|
36.2
|
BIL
|
ITEM
|
YA
|
TIDAK
|
1
|
DADAH
|
66
|
34
|
2
|
ALKOHOL
|
85
|
15
|
3
|
ROKOK
|
91
|
9
|
4
|
INHALAN
|
67
|
33
|
5
|
HIV/AIDS/SEKS BEBAS
|
103
|
47
|
6
|
JUMLAH
|
369
|
181
|
Dapatan kajian menunjukkan bahawa ramai pelajar
mengetahui tentang bahaya dadah kepada masyarakat iaitu sebanyak 66 % berbanding
34 %. Pelajar juga mengetahui minuman beralkohol
adalah haram kepada individu muslim iaitu sebanyak 85 % berbanding 15 % tidak mengetahuinya. Ini mungkin
disebbakan oleh maklumat yang dipaparkan diLalaun PPDa yang banyak membekalkan maklumat tentang
kesan penyalahgunaan dadah serta bahaya kepada masyarakat. Selain itu jumlah pelajar yang mengetahui
bahawa rokok membahayakan kesihatan ialah sebanyak 91 %
berbanding 9 % tidak mengetahuinya. Ini amat berlainan dengan inhalan, kajian
mendapati bahwa pengetahuan pelajar tentang inhalan amat sedikit iaitu sebanyak 67 % tiada maklumat dan pengetahuan
tentang inhalan berbanding 33 % yang mengetahuinya. Dan pelajar juga kurang mengetahui tentang HIV/AIDS
dan SEKS BEBAS. Seramai 68.67% orang pelajar yang kurang
pengetahuan tentang HIV/AIDS berbanding
pelajar yang mengetahui tentang AIDS iaitu seramai 31.33 % sahaja. Pengetahuan
tentang inhalan akan diterapkan dan dibekalkan kepada pelajar melalui bahan
bercetak dan juga taklimat kepada pelajar
8.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kajian ini telah memberi
maklumat tentang pengetahuan pelajar tentang risiko RAHSIA. Segelintir pelajar yang menjawab soal selidik
ini mempunyai maklumat asal tentang RAHSIA.
Manakala dari segi penglibatan pelajar berkaitan dengan RAHSIA masih
berada dalam peringkat sederhana. Keadaan
ini mungkin disebabkan pelajar mengetahui risiko dan kesannya kepada indivdu
jika mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Dengan pengetahuan yang ada tentang bahata RAHSIA kepada masyaarakat,
diharap masalah RAHSIA yang mengancam masyarakat ini dapat dikurangkan.
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa Program
Pencegahan Dadah telah mencapai objektifnya iaitu mendidik pelajar dalam mengamalkan
gaya hidup yang sihat
9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Sebagai lanjutan daripada
kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya iaitu tentang
tahap penglibatan pelajar dalam masalah sosial RAHSIA secara berkala dan
berkesan.
Saya akan cuba
menambahkan lagi kaedah kajian dan cara penganalisaan data,bagi memastikan dapatan
kajian menjadi lebih berkesan dan mempunyai nilai keboleh percayaan yang tinggi. Hasil dapatan ini seterusnya akan digunakan
untuk program pencegahan penglibatan pelajar dalam masalah Rahsia dengan lebih
berkesan dan sistematik bagi memastikan masalah ini dapat dibendung dalam warga
sekolah dan seterusnya komuniti luar.
Insya Allah
Kajian Tindakan 2
KAJIAN TINDAKAN : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM
KALANGAN PELAJAR
oleh
Tn Hj Othman bin Ibrahim
Mohd Aszhar bin Md Sani
SMK Raja Muda
ABSTRAK
Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
perlakuan merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda
Parit Jawa. Persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor diri
sendiri dan faktor keluarga. Kajian ini melibatkan 7 orang pelajar lelaki
tingkatan dua hingga tingkatan lima SMK Raja Muda Parit Jawa. Responden kajian
ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai rekod merokok melalui
buku rekod disiplin. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan
dan min. Daripada persoalan kajian didapati nilai min keseluruhan adalah
sederhana. Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor rakan sebaya adalah
faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan
faktor keluarga dan diri sendiri.
1.0 REFLEKSI AMALAN
LALU
Tabiat merokok boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap
satu-satunya punca kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini.
Perangkaan di peringkat antarabangsa menunjukkan terdapat 1.1 bilion perokok di
seluruh dunia dan mengakibatkan kematian kira-kira empat juta orang setahun
atau satu kematian bagi setiap lapan saat. Di Malaysia pula, terdapat kira-kira
10,000 kematian setiap tahun yang dikaitkan dengan amalan merokok dan kadar
tersebut semakin membimbangkan berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut
menggambarkan terdapat 38 kematian sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca
daripada amalan merokok.
Amalan merokok bermula sewaktu remaja, mereka yang tidak merokok sewaktu
usia remaja berkemungkinan besar tidak akan memulakan amalan ini ketika
menjelang dewasa. Kajian yang dijalankan mendapat 90% remaja mula merokok
ketika usia remaja dan 70% darinya akan menjadikannya sebagai amalan harian.
Majoritinya akan meneruskan amalan ini ketika menjelang dewasa. Disamping
masalah kesihatan yang bakal dihadapi oleh golongan ini akibat amalan merokok,
mereka juga berpotensi untuk terjebak dengan amalan penggunaan dadah dikemudian
hari. Apa yang paling membimbangkan ialah rokok juga membawa kepada ketagihan
dadah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Merokok dan Kesihatan (ASH),
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Madya Dr. Lekhraj Rampal, perkara ini
perlu diberi perhatian serius kerana kebanyakan penagih bermula dengan rokok
sebelum beralih kepada dadah. Beliau menyarankan karajaan melaksanakan kempen
”Tak Nak Kepada Rokok” secara agresif dengan menjadikan golongan kanak-kanak,
remaja, pelajar sekolah dan universiti sebagai sasaran utama kempen tersebut.
Ini kerana jika tidak dibendung lebih awal adalah tidak mustahil golongan
tersebut boleh terjerumus ke kancah penagihan dadah.
2.0 FOKUS KAJIAN
Masalah merokok merupakan masalah yang sering melanda di pelbagai peringkat
bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat paling tinggi iaitu Institut
Pengajian Tinggi. Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam menangani masalah
merokok sekolah di kalangan pelajar sekolah sememangnya terdapat faktor-faktor
yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salahlaku merokok di sekolah.
Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada
timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada amalan merokok.
Bagi mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca
dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah merokok di sekolah seterusnya
mencari jalan penyelesaian menanganinya. Oleh yang demikian, kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah faktor-faktor yang menyebabkan
pelajar merokok dan faktor manakah yang lebih mendorong pelajar terlibat dengan
gejala rokok.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan
ini bertujuan untuk memperolehi dapatan dalam menangani masalah merokok
sekolah. Secara khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah :
i. Mengenal pasti faktor keluarga
yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
ii. Mengenal pasti faktor rakan sebaya yang
mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
iii. Mengenal pasti faktor diri sendiri yang
mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
4.0 KUMPULAN
SASARAN
Sampel responden yang
dipilih bagi menjawab soal selidik ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan dua hingga tingkatan empat dan lima
SMK Raja Muda, Muar. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal
pasti mempunyai rekod salah laku merokok berdasarkan rekod disiplin sekolah.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Rekabentuk kajian
adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui
penggunaan set soal selidik. Pemilihan rekabentuk deskriptif dalam kajian ini
adalah kerana kesesuaiannya untuk mengumpul maklumat mengenai perkara yang
dikaji, maklumat dan butiran yang dikehendaki. Soal selidik yang diedarkan
kepada responden mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi 2 item
berkaitan latarbelakang responden. Manakala Bahagian B pula mengandungi 16 yang menggunakan skala Likert lima mata seperti pada Jadual 1.
Jadual 1 Skala Likert Lima Mata
Skala
|
Tahap
|
1
|
Sangat tidak setuju
|
2
|
Tidak setuju
|
3
|
Hampir setuju
|
4
|
Setuju
|
5
|
Sangat setuju
|
6.0 ANALISA
DATA
a)
FAKTOR KELUARGA DALAM
MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK
Jadual 1 Faktor keluarga yang
mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor
keluarga
|
1
Sangat Tidak
Setuju
|
2
Tidak
Setuju
J
(%)
|
3
Hampir Setuju
J
(%)
|
4
Setuju
J
(%)
|
5
Sangat Setuju
J
(%)
|
||
Ahli keluarga saya ada yang merokok
|
10
(33.3)
|
8
(26.7)
|
3
(10)
|
9
(30)
|
0
(0)
|
||
Ibu bapa saya tahu saya merokok
|
14
(46.7)
|
10
(33.3)
|
2
(66.7)
|
4
(13.3)
|
0
(0)
|
||
Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok
|
18
(59.9)
|
9
(29.9)
|
0
(0)
|
1
(3.33)
|
2
(6.66)
|
||
Hubungan saya dengan keluarga renggang
|
16
(53.3)
|
9
(29.9)
|
0
(0)
|
1
(3.33)
|
4
(13.3)
|
||
Keadaan dalam keluarga mempengaruhi saya untuk
merokok
|
17
(56.6)
|
5
(16.7)
|
6
(19.9)
|
1
(3.33)
|
1
(3.33)
|
||
Peratus Keseluruhan
|
50%
|
27.33%
|
7.33%
|
10.66%
|
4.66%
|
Berdasarkan kepada graf serta jadual 1 iaitu
faktor keluarga dalam amalan merokok di kalangan pelajar 50 % responden sangat tidak bersetuju bahawa
faktor keluarga memberi pengaruh kepada pelajar dalam amalan meroko, manakala
27.33% tidak bersetuju bahawa faktor
keluarga memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
7.33% responden hampir bersetuju bahawa
pengaruh keluarga memainkan peranan dalam amalan merokok dikalangan pelajar. 10.66% bersetuju bahawa pelajar dipengaruhi
oleh keluarga dalam amalan merokok dan 4.66 sangat bersetuju denganpendapat
ini.
b ) FAKTOR RAKAN SEBAYA DALAM
MEMPENGARUHI AMALAN
MEROKOK
Rajah
2
Jadual
2 Faktor rakan sebaya yang mempengaruhi
amalan merokok
Item
Faktor rakan
sebaya
|
1
Sangat Tidak
Setuju
J
(%)
|
2
Tidak
Setuju
J
(%)
|
3
Hampir Setuju
J
(%)
|
4
Setuju
J
(%)
|
5
Sangat Setuju
J
(%)
|
||
Kebanyakan rakan-rakan saya merokok
|
8
(26.6)
|
3
(9.99)
|
7
(23.3)
|
12
(39.9)
|
0
(0)
|
||
Saya mula merokok kerana ajakan kawan
|
17
(56.6)
|
8
(26.6)
|
0
(0)
|
2
(6.66)
|
3
(9.99)
|
||
Saya merokok supaya saya diterima oleh rakan-rakan
|
17
(56.6)
|
9
(29.9)
|
0
(0)
|
1
(3.33)
|
3
(9.99)
|
||
Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok
|
15
(49.9)
|
9
(29.9)
|
1
(3.33)
|
3
(9.99)
|
2
(6.66)
|
||
Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan
|
6
(16.7)
|
6
(16.7)
|
8
(26.6)
|
8
(26.6)
|
2
(6.66)
|
||
Peratus Keseluruhan
|
42%
|
23.3%
|
10.7%
|
17.3%
|
6,7
|
Merujuk
kepada graf dan Jadual 2, Berdasarkan kepada graf serta jadual 1 pengaruh
rakan sebaya dalam amalan merokok, 42 %
responden sangat tidak bersetuju bahawa faktor rakan sebaya memberi pengaruh
kepada pelajar dalam amalan meroko, manakala 23.33% tidak bersetuju bahawa faktor pengaruh rakan
sebaya memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok. 10.7% responden hampir bersetuju bahawa pengaruh
rakan sebaya memainkan peranan dalam amalan merokok dikalangan pelajar. 17.3% bersetuju bahawa pelajar dipengaruhi
oleh keluarga dalam amalan merokok dan 6.7 % sangat bersetuju dengan pendapat
ini.
Rajah 3
Jadual 3 Faktor diri sendiri yang
mempengaruhi amalan merokok
Item
Faktor diri
sendiri
|
1
Sangat Tidak
Setuju
J
(%)
|
2
Tidak
Setuju
J
(%)
|
3
Hampir Setuju
J
(%)
|
4
Setuju
J
(%)
|
5
Sangat Setuju
J
(%)
|
||
Saya merokok sekadar untuk suka-suka sahaja
|
13
(43.3)
|
8
(26.7)
|
4
(13.3)
|
3
(9.99)
|
2
(6.66)
|
||
Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress
|
17
(56.6)
|
5
(16.7)
|
3
(9.99)
|
3
(9.99)
|
2
(6.66)
|
||
Saya mula merokok kerana ingin mencuba
|
16
(53.3)
|
6
(19.8)
|
4
(13.3)
|
2
(6.66)
|
2
(6.66)
|
||
Saya mula merokok kerana ingin mencari keseronokan
|
16
(53.3)
|
9
(29.9)
|
3
(9.99)
|
1
(3.33)
|
1
(3.33)
|
||
Saya merokok kerana mahu kelihatan ‘cool’
|
17
(56.6)
|
8
(26.6)
|
4
(13.3)
|
1
(3.33)
|
0
(3.33)
|
||
Saya rasa bangga apabila merokok
|
16
(53.3)
|
9
(29.9)
|
2
(6.66)
|
1
(3.33)
|
2
(3.33)
|
||
Peratus Keseluruhan
|
52.8%
|
41%
|
11.1%
|
6.11%
|
5%
|
Merujuk
kepada graf dan Jadual 2, Berdasarkan kepada graf serta jadual 1
pengaruh dalaman diri sendiri dalam amalan merokok di kalangan pelajar, 52.8 % responden sangat tidak bersetuju
bahawa faktor diri sendiri memberi pengaruh kepada pelajar dalam amalan meroko,
manakala 41% tidak bersetuju bahawa
faktor pengaruh dirisendiri memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar dalam
amalan merokok. 11.1% responden hampir
bersetuju bahawa pengaruh diri sendiri memainkan peranan dalam amalan
merokok dikalangan pelajar. 6.11% bersetuju bahawa pelajar dipengaruhi
oleh dirisendiri dalam amalan merokok dan 5 % sangat bersetuju dengan pendapat
ini.
7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kajian ini telah memberi
maklumat tentang faktor yang mempengaruhi amalan merokok dikalangan pelajar
yang terdiri daripada 3 faktor utama iaitu faktor keluarga, rakan sebaya dan
faktor diri sendiri. Segelintir
responden memberikan peratus yang tinggi untuk tidak bersetuju dengan semua
faktor yang diberikan. Jadi, boleh
disimpulkan di sini bahawa semua faktor di atas memainkan peranan secara
bersama- sama dalam mempengaruhi para pelajar dalam amalan mereka dengan tabiat
merokok dan bukan hanya bergantungkepada satu faktor utama sahaja.
telah
mencapai objektifnya iaitu mendidik pelajar dalam mengamalkan gaya hidup yang
sihat
8.0 Cadangan
Untuk Kajian Seterusnya
Bagi
kajian akan datang, pengkaji bercadang untuk memberi fokus yang lebih mendalam
kepada faktor penyebab yang dibincangkan. Skop kajian juga perlu dikecilkan
bagi memudahkan pengkaji mengenalpasti dan merancang aktiviti dan program yang
bersesuaian bagi membantu pelajar yang terlibat.