SEJARAH PENUBUHAN BILIK SUMBER PPDa SMK RAJA MUDA, MUAR





DULU

KINI

Bilik Sumber PPda SMK Raja Muda, Muar telah ditubuhkan pada akhir tahun 2007. Proses pemurnian bilik sumber tersebut telah dilaksanakan pada awal tahun 2008. Dengan penubuhan dan pemurnian bilik sumber tersebut telah melayakkan sekolah ini untuk memasuki pertandingan Bilik Sumber PPDa ke peringkat daerah. Hasil usaha guru penyelaras dan guru-guru lain, bilik sumber ini telah dianugerahkan sebagai Johan peringkat daerah.
Ekoran daripada kejayaan pertama itu, bilik sumber PPDa telah mewakili Daerah Muar untuk bertanding ke peringkat Negeri Johor. SMK Raja Muda sekali lagi menjadi Johan dalam pertandingan tersebut dan seterusnya mewakili Negeri Johor untuk bertanding ke peringkat kebangsaan. Usaha gigih yang ditonjolkan oleh guru-guru membuahkan hasil apabila bilik Sumber PPDa mendapat Naib Johan di Peringkat Kebangsaan.
Setelah dinobatkan menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan pada tahun 2008, bilik ini telah dijadikan sumber rujukan di sekolah-sekolah Daerah Muar dan Negeri sebagai Penanda Aras. Proses penambahbaikan sentiasa berlaku disebabkan bilik Sumber PPDa ini telah menjadi Penanda Aras Peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Bilik Sumber PPda ini juga telah dibuka secara umum untuk lawatan dari sekolah-sekolah sekitar yang berhampiran. Begitu juga dengan masyarakat setempat ataupun para pelajar pada masa-masa tertentu seperti Hari Terbuka Sekolah, Hari Usahawan ataupun mengikut permintaan berdasarkan kesesuaian masa.
Pada tahun 2014, atas permintaan Pejabat Pendidikan Daerah Muar, Unit SIS telah menggalakkan Bilik Sumber PPDa SMK Raja Muda ini untuk bertanding di peringkat daerah dan menjadi Johan Peringkat Derah Muar bagi Tahun 2014. Kemudian disusuli pula menjadi Johan peringkat Negeri Johor juga bagi tahun 2014.
Bagi tahun 2015 ini, Bilik Sumber PPDa telah mewakili Negeri Johor untuk bertanding di peringkat Kebangsaan. Usaha pemurnian dan penambahbaikan dijalankan antaranya menambahkan maklumat dalaman, menaiktaraf fizikal luaran bilik Sumber PPDa, ruang-ruang khas, penambahan hiasan dalaman dan luaran. Pihak sekolah telah mendapat sumbangan ikhlas daripada PIBG, masyarakat setempat, NGO seperti Ibu Pejabat Daerah Muar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Serenti Bukit Gambir dan juga orang perseorangan.
Pada awal penubuhan bilik Sumber PPDa iaitu pada tahun 2007, banyak maklumat yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu antaranya Pusat Serenti Bukit Gambir, Muar, Masyarakat Setempat (tempayan / maklumat / temu ramah), Ibu Pejabat Daerah Muar, dan Balai Polis Parit Jawa, Klinik Kesihatan Jalan Mariam, Klinik Kesihatan Daerah Muar, Klinik Kesihatan Parit Jawa, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Penyiaran Muar, Pusat Pengasih Parit Keroma,Muar, Pejabat Daerah Muar dan Agensi Anti Dadah (AADK) Daerah Muar.
Penerbitan pada tahun 2008, akhbar 1 muka surat penuh berkaitan Majlis Pelancaran Bilik Sumber PPDa, Muar oleh Yang Berhormat Dato Robiah Kosai. Terlibat bersama ADO (Pejabat Kerajaan Daerah Muar), Pejabat Pendidikan Daerah Muar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa agensi yang lain.
Pada tahun 2015 pula, perasmian mural sekolah dikaitkan dengan pemurnian bilik Sumber PPDa yang dirasmikan oleh En Mustaffa bin Ibrahim, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Kos perbelanjaan bermula penubuhan hingga kini menelan hampir RM 15,000.00 hingga RM 20,000.00. Sumbangan dari pelbagai pihak selain sekolah iaitu PIBG dan sumbangan orang ramai (tabung bergerak) dapat membantu melancarkan proses penubuhan dan pemurnian bilik sumber ini. Kerjasama dari pelbagai pihak seperti guru-guru, para pelajar, kakitangan sekolah, pekerja swasta dan masyarakat setempat menjadi tulang belakang kejayaan Bilik Sumber PPDa SMK Raja Muda, Muar hingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment