Sejarah
Penubuhan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
SMK
Raja Muda, Muar
KINI
Bilik Sumber PPda SMK Raja Muda, Muar telah ditubuhkan pada akhir
tahun 2007. Proses pemurnian bilik sumber tersebut telah dilaksanakan pada awal
tahun 2008. Dengan penubuhan dan pemurnian bilik sumber tersebut telah
melayakkan sekolah ini untuk memasuki pertandingan Bilik Sumber PPDa ke
peringkat daerah. Hasil usaha guru penyelaras dan guru-guru lain, bilik sumber
ini telah dianugerahkan sebagai Johan peringkat daerah.
Ekoran daripada kejayaan pertama itu, bilik sumber PPDa telah
mewakili Daerah Muar untuk bertanding ke peringkat Negeri Johor. SMK Raja Muda
sekali lagi menjadi Johan dalam pertandingan tersebut dan seterusnya mewakili
Negeri Johor untuk bertanding ke peringkat kebangsaan. Usaha gigih yang
ditonjolkan oleh guru-guru membuahkan hasil apabila bilik Sumber PPDa mendapat
Naib Johan di Peringkat Kebangsaan.
Setelah dinobatkan menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Bilik
Sumber PPDa peringkat kebangsaan pada tahun 2008, bilik ini telah dijadikan
sumber rujukan di sekolah-sekolah Daerah Muar dan Negeri sebagai Penanda Aras.
Proses penambahbaikan sentiasa berlaku disebabkan bilik Sumber PPDa ini telah
menjadi Penanda Aras Peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Bilik Sumber
PPda ini juga telah dibuka secara umum untuk lawatan dari sekolah-sekolah
sekitar yang berhampiran. Begitu juga dengan masyarakat setempat ataupun para
pelajar pada masa-masa tertentu seperti Hari Terbuka Sekolah, Hari Usahawan
ataupun mengikut permintaan berdasarkan kesesuaian masa.
Pada tahun 2014, atas permintaan Pejabat Pendidikan Daerah Muar,
Unit SIS telah menggalakkan Bilik Sumber PPDa SMK Raja Muda ini untuk
bertanding di peringkat daerah dan menjadi Johan Peringkat Derah Muar bagi Tahun
2014. Kemudian disusuli pula menjadi Johan peringkat Negeri Johor juga bagi
tahun 2014.
Bagi tahun 2015 ini, Bilik Sumber PPDa telah mewakili Negeri Johor
untuk bertanding di peringkat Kebangsaan. Usaha pemurnian dan penambahbaikan
dijalankan antaranya menambahkan maklumat dalaman, menaiktaraf fizikal luaran
bilik Sumber PPDa, ruang-ruang khas, penambahan hiasan dalaman dan luaran.
Pihak sekolah telah mendapat sumbangan ikhlas daripada PIBG, masyarakat
setempat, NGO seperti Ibu Pejabat Daerah Muar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Pusat Serenti Bukit Gambir dan juga orang perseorangan.
Pada awal penubuhan bilik Sumber PPDa iaitu pada tahun 2007, banyak
maklumat yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu antaranya Pusat Serenti
Bukit Gambir, Muar, Masyarakat Setempat (tempayan / maklumat / temu ramah), Ibu
Pejabat Daerah Muar, dan Balai Polis Parit Jawa, Klinik Kesihatan Jalan Mariam,
Klinik Kesihatan Daerah Muar, Klinik Kesihatan Parit Jawa, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Pejabat Penyiaran Muar, Pusat Pengasih Parit Keroma,Muar, Pejabat
Daerah Muar dan Agensi Anti Dadah (AADK) Daerah Muar.
Penerbitan pada tahun 2008, akhbar 1 muka surat penuh berkaitan
Majlis Pelancaran Bilik Sumber PPDa, Muar oleh Yang Berhormat Dato Robiah Kosai.
Terlibat bersama ADO (Pejabat Kerajaan Daerah Muar), Pejabat Pendidikan Daerah
Muar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan
beberapa agensi yang lain.
Pada tahun 2015 pula, perasmian mural sekolah dikaitkan dengan pemurnian
bilik Sumber PPDa yang dirasmikan oleh En Mustaffa bin Ibrahim, Unit Pendidikan
Pencegahan Dadah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Kos perbelanjaan bermula penubuhan hingga kini menelan hampir RM
15,000.00 hingga RM 20,000.00. Sumbangan dari pelbagai pihak selain sekolah
iaitu PIBG dan sumbangan orang ramai (tabung bergerak) dapat membantu
melancarkan proses penubuhan dan pemurnian bilik sumber ini. Kerjasama dari
pelbagai pihak seperti guru-guru, para pelajar, kakitangan sekolah, pekerja
swasta dan masyarakat setempat menjadi tulang belakang kejayaan Bilik Sumber
PPDa SMK Raja Muda, Muar hingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment