Tuesday, 22 September 2015

Kajian Tindakan dan Dapatan Kajian Tindakan PPDa SMK Raja Muda, Muar

KAJIAN TINDAKAN PPDa SMK RAJA MUDA, MUAR

Kajian Tindakan 1

KAJIAN TINDAKAN
PENGETAHUAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR DENGAN RAHSIA
2015




DISEDIAKAN OLEH:
TN HJ OTHMAN IBRAHIM
UNIT BIMBINGANDAN KAUNSELING

SMK RAJA MUDA, MUAR,JOHOR

ABSTRAK

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar daripada batas-batas normal yang diterima umum,baik dari aspek agama, sosial dan budaya kehidupan masyarakat.   Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji pengetahuan dan penglibatan pelajar dalam masalah sosial khususnya dadah, alkohol, rokok,seks bebas,inhalan dan HIV/AIDS.
Kajian ini dilakukan kepada pelajar tingkatan 3 , 4  dan 5 iaitu seramai 50 orang pelajar.  Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan penglibatan pelajar dalam dadah,rokok, alkohol, seks bebas, inhalan dan HIV/AIDS ( RAHSIA ) di kalangan pelajar.
            Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan deskriptif perbandingan min.  Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu bahgaian A iaitu latarbelakang responedn, dan bahgaian B ialah pengetahuan dan penglibatan pelajar dalam RAHSIA.  Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 15 soalan dan data dianalisis oleh penyelidik secara manual
            Kajian mendapati bahawa pelajar mengetahui tentang pengaruh dan bahayanya dadah, alkohol,rokok,inhalan,seks bebas dan HIV/AIDS. Ini mempengaruhi pelajar untuk mencubanya tetapi tidak ketara.  Kajian mendapati penglibatan pelajar dengan rokok adalah tinggi.  Pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah wabak ini daripada menular dalam kalangan pelajar
  
1.0        PENGENALAN

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat ( Hamzah, 2003 ).  Gejala sosial adalah perkara yang dilihat tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat dan Negara.  Dalam kajian ini,bentuk gejala sosial yang dili hat oleh pengkaji ialah seperti menghisap dadah, menghisap rokok, inhalan,minum arak, mengamalkan seks bebas dan HIV/ AIDS.  Pengawasan yang sesuai seharusnya diberikan kepada para pelajar dan remaja, tanpa pengawasan  yang betul, pelajar dan remaja mungkin akan terlibat dengan gejala sosial ini.
            Pengetahuan tentang bahaya dadah, arak,alkohol,inhalan,seks bebas dan HIV/ AIDS perlu kepada pelajar terutamanya remaja yang berumur antara 15 hingga 18 tahun sebagai langkah pencegahan dari awal lagi. Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika  tidak dibendugn ia akan memberi kesan negative yang besar.  Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok .  Pada mulanya , mereka hanya akan berjinak dengan amalan merokok dan akhirnya mereka akan mula terjebak dengan masalah penagihan dadah.
            Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap bahaya dadah, rokok,inhalan,arak,seks bebaas dan HIV/AIDS yang boleh membawa kepada keruntuhan sesebuah negara.

2.0              OBJEKTIF

2.1              Mengenalpasti tahap pengetahuan para pelajar tentang RAHSIA
2.2              Mengenaplpasti pelajar yang pernah atau sedang terlibat dengan RAHSIA
2.3              Mengetahui keberkesanan Program Pencegahan Dadah PPDa yang dilaksanakan di sekolah.
2.4              Mengenalpasti samada pengaruh ibubapa dan pengaruh lain terhadap penglibatan pelajar dalam merokok

3.0              KEPENTINGAN
Kajian ini merangkumi pelbagai item yang mengandungi persoalan berkaitan dengan RAHSIA.  Menurut kajian ini,manfaat yang akan didapati adalah seperti:
3.1              Menjadi panduan untuk pelajar memahami permasalahan sosial yag sedang meruncing serta kesannya terhadap diri pelajar.
3.2              Menjadi panduan keapada guru untuk menyebarkan masalah RAHSA kepada pelajar dalam Pdp
3.3              Menyebarkan kesedaran kepada ibubapa, guru dan masyarakat bagi menghindarkan daripada terlibat dengan gejala sosial terutamanya masalah RAHSIA
3.4              Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar dan penglibatan pelajar dengan masalah RAHSIA
3.5              Diharapkan masalah RAHSIA ini akan dapat dibendung dan para pelajar akan  cemerlang dalam akademik dan sakhsiah
  
4.0              DEFINISI  KAJIAN

4.1              DADAH
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

4.2              ALKOHOL/ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara artinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia melupakan dirinya dan melupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sedikit atau banyak, mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.
Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh karena itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beruntung”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)

4.3       ROKOK
  Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm  (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu ujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup lewat mulut pada ujung lain. Merokok boleh menyebabkan ketagihan. Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan

4.3              INHALAN
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Jenis-jenis Inhalan

Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.

Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.

Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.
Bahan Nitrit

4.4              SEKS BEBAS

Pengertian seks bebas menurut Kartono (1977) merupakan perilaku yang didorong oleh hasrat seksual, dimana kebutuhan tersebut menjadi lebih bebas jika dibandingkan dengan sistem regulasi tradisional dan bertentangan dengan sistem norma yang berlaku dalam masyarakat.
Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Selain perkataan seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina yang membawa maksud hubungan seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar nikah. Mengikut definisi ahli-ahli sosiologi, seks haram adalah bentuk seks yang tidak dibenarkan oleh institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan melibatkan pasangan kekasih yang cenderung melakukannya sebelum mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri. 

Kesan yang ditanggung daripada gejala seks bebas ini adalah dalam tempoh yang lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.Islam sendiri melarang keras zina mahupun seks bebas melalui, firman Allah bermaksud: 

‘Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat 32 ).

4.6       HIV/ AIDS
Definisi AIDS adalah singkatan dari 'Acquired Immunodeficiency Syndrome / Acquired Immune Deficiency Syndrome' yang menggambarkan berbagai gejala dan infeksi yang terkait dengan menurunnya sistem kekebalan tubuh. Infeksi HIV telah ditahbiskan sebagai penyebab AIDS. Tingkat HIV dalam tubuh dan timbulnya berbagai infeksi tertentu merupakan indikator bahwa infeksi HIV telah berkembang menjadi AIDSDefinisi AIDS adalah singkatan dari 'Acquired Immunodeficiency Syndrome / Acquired Immune Deficiency Syndrome' yang menggambarkan berbagai gejala dan infeksi yang terkait dengan menurunnya sistem kekebalan tubuh. Infeksi HIV telah ditahbiskan sebagai penyebab AIDS. Tingkat HIV dalam tubuh dan timbulnya berbagai infeksi tertentu merupakan indikator bahwa infeksi HIV telah berkembang menjadi AIDS

5.0       PERMASALAHAN KAJIAN

Dewasa ini, saban hari kita dihadapkan dengan segala macam masalah gejala soial dan keruntuhan akhlak remaja. Dikalangan pelajar dari pelbagai lapisan dan peringkat umur dalam masyarakat di Negara kita.  Isu ini sememangnya amatlah mencemaskan dan menjadi semakin meruncing dan menjadi semakin sukar untuk ditangani.  Serasa kita  sudah muak dengan isu seks bebas, penagihan dadah, pembuangan anak dan sebagainya memberi isyarat bahawa gejala sedemikian ini bukanlah hal yang ringan dan ia perlu kepada penelitian dan kepekaan bersama tentang punca ianya berlaku, siapakah pelakunya dan bagaimanakah cara mengatasinya daripada terus berlaku.
            Mengikut laporan Kemajuan Negara, Kementerian Kesihatan, sebanykl 94,841 kes Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dilaporkan hingga Disember tahun lalu membabitkan 14,986 kematian. Jumlah itu sungguh menakutkan dan wajar dipandang serius oleh semua pihak supaya dapat dibendung sebelum ianya membarah dalam masyarakat.  Manakala penyalahgunaan dadah merupakan satu masalah ssoial yang agak meruncing dalam masyarakat terutamanya dari kalangan remaja Islam.
            Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara.Setiap tahun bilangan penagih dadah semakin meningkat sedangkan penagih sedia ada tidak pula menunjukkan sebarang penurunan jumlahnya.  Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini menjadi satu agenda untuk  masyarakat dan negara untuk membasminya.  Sehubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk akibat daripada gejala penagihan dadah iaitu satu penyakit kronik yang dikenali sebagai HIV ( Human Immunodeficency Virus ) dan AIDS ( Aquired immuneDeficency Syndrome ).  Walaupun kita benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat dengan harapan mereka akan insaf serta berusaha untuk memulihkan diri mereka sendiri kelak.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Dadah Kebangsaaa (AADK ) menunjukkan bahawa masyarakat melayu atau umat Islam paling ramai menjadi penagih berbanding kaum yang lain.  Penagih dadah yang dikesan adalah serami 31 orang peangih baru dan 42 orang penagih berulang setiap hari,
            Inhalan juga diambil olah penagih yang tiada duit untuk mendaparkan bekalan dadah,  Inhalan boleh dihidu secara terus dari bekas yag terbuka atau dengan meggunakan kain yang direndam dalam bahan kimia tersebut,  dengan cara meletakkannnya berhampiran muka.  Selain bekasa terbuka atau kainlembab iru boleh diletakkan dalam beg plastik sebelum dihidu.  Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak.  Disebabkan sel otak yang baui tidak dapat dibentuk selepas kelahiran, bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal kekal.
            Oleh yang demikian,kajian ini menimbulkan minat pengkaji untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan penglibatan para pelajar terhadap RAHSIA.  Seramai 100 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tingkatan 3 dan 5 telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik ini.

6.0       ANALISIS DATA
Kajian yang dijalankan berdasarkan keputusan ujian dan maklumbalas yang telah diberikan oleh responden-responden terdahap soal selidik yang dijalankan.  Kajian ini telah dianalisa secara manual.  Semua kepuutsan yang diperolehi dibentang dalam bentuk carta pai. Hasil dapatan dapatan kajian yang dilakukan dalam kajiana iaitu pengetahuan dan penglibatan pelajar berkaitan RAHSIA.








6.1       KEPUTUSAN SOAL SELIDIK
                                                                                                                               Ya     Tidak
1.   Adakah anda tahu bahawa merokok adalah haram                                     42          8
     disisi Islam
2.    Saya tahu rokok membahayakan kesihatan                                                49          1
3.    Bercium boleh menyebakan kehamilan                                                       7         43
4.    Saya mendapat maklumat tentang bahaya arak dari                                  42           8
      pondok ppda
5.     Saya tahu arak haram di sisi Islam                                                            47           3
6.     Saya tahu nama-nama dadah                                                                     17          33
7.     Saya tahu bahawa gam basikal adalah termasuk dalam                            34          16
      inhalan
8.     Saya tahu bahawa seks bebas akan meyebablan jankitan                         48            2
      virus HIV
9.    Saya tahu bahawa penyakit AIDS boleh menyebabakan                           48           2
      kematian
10.  Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif              33           17
                        yang dihasilkan dari pada pelarut organik dan bahan meruap
11. Ujian urin boleh dilaksanakan untuk mengesan kehadiran dadah             49             1
      dalam badan manusia
JUMLAH                                                                                                 369           181



7.0       DAPATAN DAN PERBINCANGAN
BIL
ITEM
SOAL SELIDIK
JUM
YA
JUM
TIDAK
PERATUS
YA
PERATUS
TIDAK
1
DADAH
Saya tahu nama-nama dadah
17
33
34
66
2
Ujian urin boleh dilaksanakan untuk mengesan kehadiran dadah dalam badan manusia
49
1
98
2
3
ALKOHOL
Saya mendapat maklumat tentang bahaya arak dari pondok ppda
42
8
84
16
Saya tahu arak haram di sisi Islam
47
3
94
6
4
ROKOK
12.                      Adakah anda tahubahawa merokok adalah haram disisi Islam
42
8
84
16
Saya tahu rokok membahayakan kesihatan
49
1
98
2
5
INHALAN
Saya tahu bahawa gam basikal adalah termasuk dalam inhalan
34
16
68
32
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan dari pada plarut organik dan bahan meruap
33
17
66
34
6
HIV/SIDS/SEK BEBAS
Bercium boleh menyebabkan kehamilan
7
43
14
86
Saya tahu bahawa seks bebas akan menyebabkan jangkitan virus HIV
48
2
84
16
Saya tahu bahawa penyakit AIDS boleh menyebabkan kematian
48
2
84
16

JUMLAH
369
181
73.8
36.2

BIL
ITEM
YA
TIDAK
1
DADAH
66
34
2
ALKOHOL
85
15
3
ROKOK
91
9
4
INHALAN
67
33
5
HIV/AIDS/SEKS BEBAS
103
47
6
JUMLAH
369
181


Dapatan kajian menunjukkan bahawa ramai pelajar mengetahui tentang bahaya dadah kepada masyarakat iaitu sebanyak 66    % berbanding  34        %.  Pelajar juga mengetahui minuman beralkohol adalah haram kepada individu muslim iaitu sebanyak          85 % berbanding 15 % tidak mengetahuinya. Ini mungkin disebbakan oleh maklumat yang dipaparkan diLalaun PPDa  yang banyak membekalkan maklumat tentang kesan penyalahgunaan dadah serta bahaya kepada masyarakat.  Selain itu jumlah pelajar yang mengetahui bahawa rokok membahayakan kesihatan ialah sebanyak    91 % berbanding  9 % tidak mengetahuinya.  Ini amat berlainan dengan inhalan, kajian mendapati bahwa pengetahuan pelajar tentang inhalan amat sedikit iaitu sebanyak         67 % tiada maklumat dan pengetahuan tentang  inhalan berbanding            33 % yang mengetahuinya.  Dan  pelajar juga kurang mengetahui tentang HIV/AIDS dan SEKS BEBAS.  Seramai            68.67% orang pelajar yang kurang pengetahuan  tentang HIV/AIDS berbanding pelajar yang mengetahui tentang AIDS iaitu seramai    31.33 % sahaja.  Pengetahuan tentang inhalan akan diterapkan dan dibekalkan kepada pelajar melalui bahan bercetak dan juga taklimat kepada pelajar

8.0       KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kajian ini telah memberi maklumat tentang pengetahuan pelajar tentang risiko RAHSIA.  Segelintir pelajar yang menjawab soal selidik ini mempunyai maklumat asal tentang RAHSIA.  Manakala dari segi penglibatan pelajar berkaitan dengan RAHSIA masih berada dalam peringkat sederhana.  Keadaan ini mungkin disebabkan pelajar mengetahui risiko dan kesannya kepada indivdu jika mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.  Dengan pengetahuan yang ada tentang bahata RAHSIA kepada masyaarakat, diharap masalah RAHSIA yang mengancam masyarakat  ini dapat dikurangkan. 
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa Program Pencegahan Dadah telah mencapai objektifnya iaitu mendidik pelajar dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat

9.0       CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya iaitu tentang tahap penglibatan pelajar dalam masalah sosial RAHSIA secara berkala dan berkesan.
Saya akan cuba menambahkan lagi kaedah kajian dan cara penganalisaan data,bagi memastikan dapatan kajian menjadi lebih berkesan dan mempunyai nilai keboleh percayaan yang tinggi.  Hasil dapatan ini seterusnya akan digunakan untuk program pencegahan penglibatan pelajar dalam masalah Rahsia dengan lebih berkesan dan sistematik bagi memastikan masalah ini dapat dibendung dalam warga sekolah dan seterusnya komuniti luar.  Insya Allah

Kajian Tindakan 2

KAJIAN TINDAKAN : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR

oleh
Tn Hj Othman bin Ibrahim
Mohd Aszhar bin Md Sani
SMK Raja Muda



ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Parit Jawa. Persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor keluarga. Kajian ini melibatkan 7 orang pelajar lelaki tingkatan dua hingga tingkatan lima SMK Raja Muda Parit Jawa. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai rekod merokok melalui buku rekod disiplin. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan min. Daripada persoalan kajian didapati nilai min keseluruhan adalah sederhana. Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor rakan sebaya adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan diri sendiri. 



1.0         REFLEKSI AMALAN LALU

Tabiat merokok boleh memudaratkan kesihatan. Rokok telah dianggap satu-satunya punca kematian utama yang boleh dielakkan pada masa kini. Perangkaan di peringkat antarabangsa menunjukkan terdapat 1.1 bilion perokok di seluruh dunia dan mengakibatkan kematian kira-kira empat juta orang setahun atau satu kematian bagi setiap lapan saat. Di Malaysia pula, terdapat kira-kira 10,000 kematian setiap tahun yang dikaitkan dengan amalan merokok dan kadar tersebut semakin membimbangkan berdasarkan peningkatan kes. Jumlah tersebut menggambarkan terdapat 38 kematian sehari atau 1.2 kematian setiap jam berpunca daripada amalan merokok.

Amalan merokok bermula sewaktu remaja, mereka yang tidak merokok sewaktu usia remaja berkemungkinan besar tidak akan memulakan amalan ini ketika menjelang dewasa. Kajian yang dijalankan mendapat 90% remaja mula merokok ketika usia remaja dan 70% darinya akan menjadikannya sebagai amalan harian. Majoritinya akan meneruskan amalan ini ketika menjelang dewasa. Disamping masalah kesihatan yang bakal dihadapi oleh golongan ini akibat amalan merokok, mereka juga berpotensi untuk terjebak dengan amalan penggunaan dadah dikemudian hari. Apa yang paling membimbangkan ialah rokok juga membawa kepada ketagihan dadah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Merokok dan Kesihatan (ASH), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Madya Dr. Lekhraj Rampal, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana kebanyakan penagih bermula dengan rokok sebelum beralih kepada dadah. Beliau menyarankan karajaan melaksanakan kempen ”Tak Nak Kepada Rokok” secara agresif dengan menjadikan golongan kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah dan universiti sebagai sasaran utama kempen tersebut. Ini kerana jika tidak dibendung lebih awal adalah tidak mustahil golongan tersebut boleh terjerumus ke kancah penagihan dadah.


2.0         FOKUS KAJIAN

Masalah merokok merupakan masalah yang sering melanda di pelbagai peringkat bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat paling tinggi iaitu Institut Pengajian Tinggi. Melalui pengalaman pengkaji sendiri dalam menangani masalah merokok sekolah di kalangan pelajar sekolah sememangnya terdapat faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melakukan perbuatan salahlaku merokok di sekolah.

Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada amalan merokok. Bagi mengurangkan masalah ini, langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah merokok di sekolah seterusnya mencari jalan penyelesaian menanganinya. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar merokok dan faktor manakah yang lebih mendorong pelajar terlibat dengan gejala rokok.


3.0         OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memperolehi dapatan dalam menangani masalah merokok sekolah. Secara khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah :
i.       Mengenal pasti faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
ii.    Mengenal pasti faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
iii.    Mengenal pasti faktor diri sendiri yang mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok.
4.0         KUMPULAN SASARAN

Sampel responden yang dipilih bagi menjawab soal selidik ini melibatkan 30 orang pelajar  tingkatan dua hingga tingkatan empat dan lima SMK Raja Muda, Muar. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti mempunyai rekod salah laku merokok berdasarkan rekod disiplin sekolah.

5.0         PELAKSANAAN KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui penggunaan set soal selidik. Pemilihan rekabentuk deskriptif dalam kajian ini adalah kerana kesesuaiannya untuk mengumpul maklumat mengenai perkara yang dikaji, maklumat dan butiran yang dikehendaki. Soal selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi 2 item berkaitan latarbelakang responden. Manakala Bahagian B pula mengandungi 16  yang menggunakan skala Likert lima mata seperti pada Jadual 1.
Jadual 1  Skala Likert Lima Mata

Skala
Tahap
1
Sangat tidak setuju
2
Tidak setuju
3
Hampir setuju
4
Setuju
5
Sangat setuju

6.0       ANALISA DATA

a)      FAKTOR KELUARGA DALAM MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK

Rajah 1
Jadual 1 Faktor keluarga yang mempengaruhi amalan merokok

Item


Faktor keluarga
1
Sangat Tidak Setuju
2
Tidak
Setuju

J
 (%)
3
Hampir Setuju

J
 (%)
4
Setuju


J
 (%)
5
Sangat Setuju

J
 (%)



Ahli keluarga saya ada yang merokok

10
(33.3)

       8
(26.7)

3
(10)

9
(30)

0
(0)


Ibu bapa saya tahu saya merokok
14
(46.7)
10
(33.3)
2
(66.7)
4
(13.3)
0
(0)


Ibu bapa saya mengizinkan saya merokok
    18
(59.9)
9
(29.9)
0
(0)
1
(3.33)
2
(6.66)


Hubungan saya dengan keluarga renggang
16
(53.3)
9
(29.9)
0
(0)
1
(3.33)
4
(13.3)


Keadaan dalam keluarga mempengaruhi saya untuk merokok
    17
(56.6)
5
(16.7)
6
(19.9)
1
(3.33)
1
(3.33)



Peratus Keseluruhan

50%

27.33%

7.33%

10.66%

4.66%



Berdasarkan kepada graf serta jadual 1 iaitu faktor keluarga dalam amalan merokok di kalangan pelajar  50 % responden sangat tidak bersetuju bahawa faktor keluarga memberi pengaruh kepada pelajar dalam amalan meroko, manakala 27.33%   tidak bersetuju bahawa faktor keluarga memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok. 7.33%  responden hampir bersetuju bahawa pengaruh keluarga memainkan peranan dalam amalan merokok  dikalangan pelajar.  10.66% bersetuju bahawa pelajar dipengaruhi oleh keluarga dalam amalan merokok dan 4.66 sangat bersetuju denganpendapat ini.


b )        FAKTOR RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI AMALAN   
            MEROKOK

Rajah 2
Jadual 2  Faktor rakan sebaya yang mempengaruhi amalan merokok

Item
Faktor rakan sebaya
1
Sangat Tidak Setuju
J
(%)
2
Tidak
Setuju

J
(%)
3
Hampir Setuju

J
(%)
4
Setuju


J
(%)
5
Sangat Setuju

J
(%)



Kebanyakan rakan-rakan saya merokok

8
(26.6)

3
(9.99)

7
(23.3)

12
(39.9)

0
(0)


Saya mula merokok kerana ajakan kawan
     17
(56.6)
8
(26.6)
0
(0)
2
(6.66)
3
(9.99)


Saya merokok supaya saya diterima oleh rakan-rakan
17
(56.6)
9
(29.9)
0
(0)
1
(3.33)
3
(9.99)


Saya suka berkawan dengan rakan-rakan yang merokok
15
(49.9)
9
(29.9)
1
(3.33)
3
(9.99)
2
(6.66)


Saya suka berkongsi masalah dengan rakan-rakan
6
(16.7)
6
(16.7)
8
(26.6)
8
(26.6)
2
(6.66)



Peratus Keseluruhan

42%

23.3%

10.7%

17.3%

6,7



Merujuk kepada graf dan Jadual 2, Berdasarkan kepada graf serta jadual 1 pengaruh rakan sebaya dalam amalan merokok,  42 % responden sangat tidak bersetuju bahawa faktor rakan sebaya memberi pengaruh kepada pelajar dalam amalan meroko, manakala 23.33%   tidak bersetuju bahawa faktor pengaruh rakan sebaya memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok. 10.7%  responden hampir bersetuju bahawa pengaruh rakan sebaya memainkan peranan dalam amalan merokok  dikalangan pelajar.  17.3% bersetuju bahawa pelajar dipengaruhi oleh keluarga dalam amalan merokok dan 6.7 % sangat bersetuju dengan pendapat ini.




c )        FAKTOR DIRI SENDIRI DALAM MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK




Rajah 3
Jadual 3 Faktor diri sendiri yang mempengaruhi amalan merokok

Item
Faktor diri sendiri
1
Sangat Tidak Setuju
J
(%)
2
Tidak
Setuju

J
(%)
3
Hampir Setuju

J
(%)
4
Setuju


J
(%)
5
Sangat Setuju

J
(%)



Saya merokok sekadar untuk suka-suka sahaja

13
(43.3)

8
(26.7)

4
(13.3)

3
(9.99)

2
(6.66)


Saya merokok apabila berada dalam keadaan stress
17
(56.6)
5
(16.7)
3
(9.99)
3
(9.99)
2
(6.66)


Saya mula merokok kerana ingin mencuba
16
(53.3)
6
(19.8)
4
(13.3)
2
(6.66)
2
(6.66)


Saya mula merokok kerana ingin mencari keseronokan
16
(53.3)
9
(29.9)
3
(9.99)
1
(3.33)
1
(3.33)


Saya merokok kerana mahu kelihatan ‘cool’
17
(56.6)
8
(26.6)
4
(13.3)
1
(3.33)
0
(3.33)


Saya rasa bangga apabila merokok
16
(53.3)
9
(29.9)
2
(6.66)
1
(3.33)
2
(3.33)



Peratus Keseluruhan

52.8%

41%

11.1%

6.11%

5%



Merujuk kepada graf dan Jadual 2, Berdasarkan kepada graf serta jadual 1 pengaruh dalaman diri sendiri dalam amalan merokok di kalangan pelajar,  52.8 % responden sangat tidak bersetuju bahawa faktor diri sendiri memberi pengaruh kepada pelajar dalam amalan meroko, manakala 41%   tidak bersetuju bahawa faktor pengaruh dirisendiri memainkan peranan dalam mempengaruhi pelajar dalam amalan merokok. 11.1%  responden hampir bersetuju bahawa pengaruh diri sendiri memainkan peranan dalam amalan merokok  dikalangan pelajar.  6.11% bersetuju bahawa pelajar dipengaruhi oleh dirisendiri dalam amalan merokok dan 5 % sangat bersetuju dengan pendapat ini.

7.0       KESIMPULAN

            Secara kesimpulannya, kajian ini telah memberi maklumat tentang faktor yang mempengaruhi amalan merokok dikalangan pelajar yang terdiri daripada 3 faktor utama iaitu faktor keluarga, rakan sebaya dan faktor diri sendiri.  Segelintir responden memberikan peratus yang tinggi untuk tidak bersetuju dengan semua faktor yang diberikan.  Jadi, boleh disimpulkan di sini bahawa semua faktor di atas memainkan peranan secara bersama- sama dalam mempengaruhi para pelajar dalam amalan mereka dengan tabiat merokok dan bukan hanya bergantungkepada satu faktor utama sahaja. 
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa Program Pencegahan Dadah
 telah mencapai objektifnya iaitu mendidik pelajar dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat
8.0       Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Bagi kajian akan datang, pengkaji bercadang untuk memberi fokus yang lebih mendalam kepada faktor penyebab yang dibincangkan. Skop kajian juga perlu dikecilkan bagi memudahkan pengkaji mengenalpasti dan merancang aktiviti dan program yang bersesuaian bagi membantu pelajar yang terlibat.